Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mula berhenti bernafas dan ianya berlaku ketika bayi itu bersama dengan ibu saudaranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Tanpa berfikir panjang, ibu saudaranya itu terus membawanya ke tepi jalan sambil meminta pertolongan. Bayi kecil bernama Sebastian de la Cruz ini secara tiba-tiba berhenti menangis dan mukanya mula bertukar warna menjadi kebiruan. Dalam keadaan panik, ibu saudaranya, Pamela Rauseo, 37, terus membuat bantuan pernafasan CPR.
"Saya panik ketika melihat mukanya bertukar menjadi kebiruan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Saya hanya tidak mahu dia mati. Saya telah dipercayakan untuk menjaganya," kata Pamela.
Insiden ini berjaya dirakam oleh seorang jurugambar bernama Al Diaz yang secara kebetulan berada di tempat kejadian dan mendengar jeritan Pamela yang meminta pertolongan. Beberapa minit kemudian, bantuan dari Miami Fire Service pun tiba dan menghantar Sebatian ke hospital. Menurut laporan, bayi tersebut didapati mengalami masalah pernafasan ketika dilahirkan namun keadaannya sekarang adalah stabil.
Pamela bertungkus lumus memberi bantuan pernafasan kepada Sebastian yang tiba-tiba berhenti bernafas
Pamela memberi bantuan CPR kepada Sebastian
Seorang pegawai sedang mendukung Sebastian
Semakin banyak yang datang membantu Pamela
Sebastian dibawa ke hospital