MAJLIS
Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak
mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran
Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
Menurut
sumber dari sebuah blog, Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad
berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini
berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak
sahih dan sengaja disensasikan.
Beliau
juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba
mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang
kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong
Teluk Intan beberapa tahun lalu.
Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
Penyebaran
foto yang diragui keasliannya itu boleh memberi imej negatif kepada
Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan
terkemuka Perak.
Sehubungan
itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan
baik berhubung penyebaran imej pontianak terbabit dan tidak mudah
terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
Imej
menyeramkan ni katanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong
Teluk Intan dengan menggunakan handphone. Menurut sumber, peniaga tu
sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada mengandungi gambar
pontianaktersebut..
Ia
dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas
tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan
Tahun Baru Cina tengah malam kelmarin.
Wajah
‘gadis’ berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan
ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit. Berdasarkan imej kabur
itu, kelihatan ‘seorang gadis’ yang sedang duduk sambil merenung ke
arah sesuatu.
0 comments: