Memaparkan isu-isu hangat dan hangit di dalam serta luar negara.



Monday, February 10, 2014

Jawapan Zizan Razak berkaitan isu bersekedudukan dengan Emma Maembong

Kalau sebelum ini menerusi satu laporan sebuah portal hiburan, pelakon dan pelawak Zizan Razak meluahkan rasa bingung ekoran kontroversi terbaru mengaitkan dirinya yang timbul sejak minggu lalu - dia didakwa tinggal serumah dengan pelakon cantik Emma Maembong.

Bertemu pemenang Top Top Meletop Anugerah Meletop Era (AME) sewaktu di malam anugerah tersebut, Zizan berkata dia terkejut dengan berita itu. Begitupun Zizan mengakui Emma pernah beberapa kali ke rumahnya tetapi ketika ibu bapanya ada di rumah.


Zizan dan Emma di AME

"Saya kenal jiran saya. Saya mesra denan jiran-jiran saya dan saya rase mereka sanggup buat macam tu. Saya akui Emma bukan tak pernah datang rumah saya, pernah. Tapi dia datang sewaktu ibu dan abah saya ada di rumah saya, semasa mereka tak ada, Emma tak datang.

"Lagipun saya tak tinggal berseorangan. Saya tinggal bersama pengurus peribadi dan abang saya. Saya pun pernah datang ke rumah Emma dan berjumpa keluarganya", kata Zizan Razak ketika ditemui di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Zizan berkata demikian ketika diminta menulas mengenai sepucuk surat dari seorang individu yang mengakui dirinya adalah jiran pelakon Hantu Bonceng ini. Individu itu menulis bahwa dia sering melihat Emma datang ke rumah Zizan.

Tambahnya lagi, dia merasakan ada pihak yang ingin menjatuhkan reputasinya dengan menyebarkan khabar angin tersebut. Kata Zizan, sebagai seorang selebriti dan mempunyai ramai peminat, dia menyedari perbuatan sebegitu pasti akan memburukkan nama baiknya.

Kalau pun ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengannya, Zizan memohon agar pihak itu sendiri berjumpa dan menegur dirinya secara lebih profesional.

"Saya dikenali ramai, kenapa mesti saya buat macam tu (bersekedudukan)?. Saya berterima kasih dengan individu itu lah. Kalau betul-betul dia nak tegur saya, datang lah berjumpa dengan saya sendiri.

"Pada saya, niat dia (individu tersebut) mahu jatuhkan saya. Menerusi surat tu, nampak cara dia sangat islamik, jadi kenapa tak tegur saya sendiri. Kalau ada yang tak puas hati, tegur la depan, depan. Jangan lah buat macam ni", katanya dengan nada kesal.

Kemudia menyambung kata-kata, "kalau ya pun nak suruh kami cepat-cepat (kahwin) bukan cara macam ni. Tapi doa-doa kan lah yan baik untuk kami", tuturnya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan anak pelukis terkenal negara itu, Zizan berkata, perhubungan mereka seperti biasa, rapat. Tetapi buat masa ini dia dan Emma belum ada apa-apa perancangan untuk membawa hubungan mereka setapak ke hadapan sama ada mengikat tali pertunangan mahupun berkahwin dalam masa terdekat ini

"Saya tak terfikir nak betunang. Lagipun jadual kami padat. Tapi saya pernah tanya dia, "awak rasa nak kahwin tak?" Tapi saya tak tanya lah, "nak kahwin dengan siapa...?", kata Zizan sambil berseloroh.

Sementara itu menggulas mengenai kejayaannya pada AME lalu, Zizan berkata dia tidak menyangka akan menang besar temasuklah memenangi kategori Artis Fesyen Meletop.

"Alhamdulillah tak sangka menang. Mungkin ini berkat sebab saya baru sahaja belikan talefon bimbit baru untuk iu saya. Mungkin ini balasan dari Allah sebab buat ibu saya gembira. Saya juga berterima kasihh kepada semua peminat yang mengundi.

"Saya paling tak sangka bila nama saya di sebut menang kategori fesyen. Tang mana yang stailo sangat pun saya tak pasti. Sebab saya ni seoarang yang sempoi saja. Tapi kalau nak keluar rumah saya mesti nak nampak kemas", ujarnya yang turut memenagi anugerah WeChat.

Ketiga-tiga kemenangan itu melayakkan Zizan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 (RM10,000-Top Top Meletop, RM5,000 - Fesyen Meletop dan Wechat - RM15,000) pada malam anugerah cetusan Astro, yang yang julung kali diadakan itu.

0 comments: