Jika terlalu mengikut nafsu kedagingan manusia, memang orang itu tak kan peduli pasal halal haram sesuatu perkara yang diamalkan. Bila ilmu hitam tu makan tuan, nah..tau pula menyesal..betul lah kata orang.. sudah terhantuk baru terngadah..
AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.
Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.
Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.
“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.
“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya. - myMetro
Namun perlu diingat bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka...kembali lah ke jalan yang benar sebelum terlambat..ilmu hitam tu kejap jer boleh rasa 'nikmatnya'..tapi bila 'jin' tu dah jadi terlebih demand atau pun terjumpa dengan jin yang lebih kuat...di sanalah bermulanya satu kemusnahan yang dasyat...dari muka cantik, terus jadi macam 'hantu'..dari badan gagah macam incredible Hulk, terus jadi lembik macam cacing...dari sihat walafiat, terus jadi 'mayat hidup'...kesannya lebih teruk dari ambik dadah..di akhirat nanti macam mana nak jawab?...lu pikir lah sendiri..K..bai.. Wassalam.
Syirik ilmu hitam nih..mmg akan makan diri..
ReplyDelete